?:Apa syarat-syarat permohonan

a. KTM i-Card Youth

  1. Pelajar sekolah warganegara Malaysia berusia 13 -17 tahun.
  2. Yuran tahunan RM10.00.
  3. Surat pengesahan pelajar dari sekolah mesti disertakan.

b. KTM i-Card Student

  1. Pelajar kolej/universiti di Malaysia.  
  2. Yuran tahunan RM30.00.
  3. Surat pengesahan pelajar dari kolej/universiti mesti disertakan.

c. KTM i-Card Gold

  1. Warganegara Malaysia berusia 60 tahun dan ke atas.
  2. Yuran tahunan RM5.00.

d. KTM i-Card Lion

  1. Warganegara asing.
  2. Yuran tahunan SGD20.00.

e. KTM i-Card Tiger

  1. Warganegara Malaysia
  2. Yuran tahunan RM20.00

?: Dokumen yang perlu disediakan

  • Pasport atau kad pengenalan  mesti dikemukakan semasa membuat permohonan.

?: Dimana boleh memohon KTMB i-Card

a. Di kaunter tiket KTMB

  1. Pemohon mesti mengisi Borang Permohonan Kad KTM i-Card.
  2. Yuran keahlian mesti dibayar secara tunai atau menggunakan kad kredit (di kaunter tiket terpilih sahaja).
  3. Resit bayaran akan dikeluarkan kepada setiap pelanggan .
  4. Pemohon mesti memastikan semua maklumat dalam resit adalah  betul dan lengkap.
  5. Resit bayaran boleh digunakan oleh pemohon (dalam masa 30 hari dari tarikh dikeluarkan) untuk mendapatkan keistimewaan.
  6. Pemohon  mendapat kad KTM i-Card melalui pos dalam tempoh 14 hari bekerja, atau
  7. Pemohon mendapat kad KTM i-Card serta-merta bagi permohonan yang dibuat  di Kaunter Kad Diskaun Sentral KL.

b. Melalui Pos

  1. Pemohon mesti mengisi Borang Permohonan Kad KTM i-Card.
  2. Yuran keahlian mesti dibayar dengan wang pos.
  3. Pemohon akan mendapat kad KTM i-Card melalui pos dalam tempoh 14 hari bekerja.

PEMERIKSAAN TIKET KONSESI

  1. Pemegang tiket konsesi KTM i-Card mesti menunjukkan pasport atau kad pengenalan semasa pemeriksaan tiket oleh petugas KTMB samada di stesen atau di dalam tren.
  2. Jika pemegang tiket gagal menunjukkan pasport atau kad pengenalan semasa pemeriksaan di dalam tren, Pemeriksa Tiket  atau Penyelia Tren atau Inspektor Kualiti akan mengenakan tiket  tambang penuh beserta denda mengikut kelas.
  3. Jika nama dan/atau no.pasport atau no.kad pengenalan tidak sama dengan nama dan/atau no.pasport atau no.kad pengenalan yang dicetak pada  tiket, Pemeriksa Tiket atau Penyelia Tren atau Inspektor Kualiti akan mengenakan tiket  tambang penuh beserta denda mengikut kelas.
  4. Jika pemegang KTM i-Card menaiki tren tanpa tiket, Pemeriksa Tiket atau Penyelia Tren atau Inspektor Kualiti  akan mengenakan tiket  tambang penuh beserta denda mengikut kelas.

LAIN-LAIN PERKARA

  1. Pertanyaan berkaitan  KTM i-Card boleh dirujuk melalui:
  2. Telefon : 03-2279 8852
  3. Emel    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

KTMB berhak meminda terma dan syarat tanpa memberi notis awal kepada orang ramai.