Get Adobe Flash player

KTMB i-Card adalah inisiatif penjenamaan semula oleh KTM Intercity untuk semua Kad diskaun sedia ada. Disamping itu, KTM intercity memperkenalkan kad-kad baharu kepada pelanggan. Selain menampilkan imej baru kepada produk-produk KTMB, KTM Intercity juga akan menyediakan pelbagai kelebihan dan nilai tambah kepada ahli-ahli KTMB i-Card. Nama KTMB i-Card yang digunakan adalah singkatan dari perkataan "KTMB Intelligent Card"

1.   Tiket  Penuh
      Caj tempat duduk/tidur + tambang perjalanan dewasa 
2.    Tiket diskaun/konsesi
       Caj tempat duduk/tidur* + Tambang perjalanan dewasa - diskaun (%)
       * nota : tiada diskaun ke atas caj tempat duduk/tidur
Cara kiraan diskaun/konsesi (contoh : Warga Emas - 50%)
-    Tambang penuh `   : Caj tempat duduk (RM8.00) + Tambang perjalanan dewasa (RM25.00) = RM33.00
-    Tambang konsesi    : Caj tempat duduk (RM8.00) + Tambang perjalanan dewasa - 50% (RM13.00*) = RM21.00)
    *Nota : digenapkan kepada ringgit berikutnya

KTMB i-Card Student

KTMB i-Card Student

KTMB i-Card adalah inisiatif penjenamaan semula oleh KTM Intercity untuk semua Kad diskaun sedia ada. Disamping itu, KTM intercity memperkenalkan kad-kad baru kepada pelanggan. Selain menampilkan imej baru kepada produk-produk KTMB, KTM Intercity juga akan menyediakan pelbagai kelebihan dan nilai tambah kepada ahli-ahli KTMB i-Card. Pemegang kad ini layak untuk mendapatkan diskaun empat puluh peratus (40%) daripada tambang perjalanan untuk Perkhidmatan Tren Antarabandar dan Perkhidmatan Tren ETS.

Klik disini untuk terma dan syarat permohonan.

KTMB i-Card youth

KTMB i-Card Youth

KTMB i-Card Tiger

KTMB i-Card Tiger

KTMB i-Card adalah inisiatif penjenamaan semula oleh KTM Intercity untuk semua Kad diskaun sedia ada. Disamping itu, KTM intercity memperkenalkan kad-kad baru kepada pelanggan. Selain menampilkan imej baru kepada produk-produk KTMB, KTM Intercity juga akan menyediakan pelbagai kelebihan dan nilai tambah kepada ahli-ahli KTMB i-Card. Pemegang kad ini layak untuk mendapatkan diskaun dua puluh lima peratus (25%) daripada tambang perjalanan untuk Perkhidmatan Tren Antarabandar dan Perkhidmatan Tren ETS.

Klik disini untuk terma dan syarat permohonan.

KTMB i-Card Lion

AF - KTMBi-Card TC  KTMBi-Card

?:Apa syarat-syarat permohonan

a. KTM i-Card Youth

  1. Pelajar sekolah warganegara Malaysia berusia 13 -17 tahun.
  2. Yuran tahunan RM10.00.
  3. Surat pengesahan pelajar dari sekolah mesti disertakan.

b. KTM i-Card Student

  1. Pelajar kolej/universiti di Malaysia.  
  2. Yuran tahunan RM30.00.
  3. Surat pengesahan pelajar dari kolej/universiti mesti disertakan.

c. KTM i-Card Lion

  1. Warganegara asing.
  2. Yuran tahunan SGD20.00.

d. KTM i-Card Tiger

  1. Warganegara Malaysia
  2. Yuran tahunan RM20.00

?: Dokumen yang perlu disediakan

  • Pasport atau kad pengenalan  mesti dikemukakan semasa membuat permohonan.

?: Dimana boleh memohon KTMB i-Card

a. Di kaunter tiket KTMB

  1. Pemohon mesti mengisi Borang Permohonan Kad KTM i-Card.
  2. Yuran keahlian mesti dibayar secara tunai atau menggunakan kad kredit (di kaunter tiket terpilih sahaja).
  3. Resit bayaran akan dikeluarkan kepada setiap pelanggan .
  4. Pemohon mesti memastikan semua maklumat dalam resit adalah  betul dan lengkap.
  5. Resit bayaran boleh digunakan oleh pemohon (dalam masa 30 hari dari tarikh dikeluarkan) untuk mendapatkan keistimewaan.
  6. Pemohon  mendapat kad KTM i-Card melalui pos dalam tempoh 14 hari bekerja, atau
  7. Pemohon mendapat kad KTM i-Card serta-merta bagi permohonan yang dibuat  di Kaunter Kad Diskaun Sentral KL.

b. Melalui Pos

  1. Pemohon mesti mengisi Borang Permohonan Kad KTM i-Card.
  2. Yuran keahlian mesti dibayar dengan wang pos.
  3. Pemohon akan mendapat kad KTM i-Card melalui pos dalam tempoh 14 hari bekerja.

PEMERIKSAAN TIKET KONSESI

  1. Pemegang tiket konsesi KTM i-Card mesti menunjukkan pasport atau kad pengenalan semasa pemeriksaan tiket oleh petugas KTMB samada di stesen atau di dalam tren.
  2. Jika pemegang tiket gagal menunjukkan pasport atau kad pengenalan semasa pemeriksaan di dalam tren, Pemeriksa Tiket  atau Penyelia Tren atau Inspektor Kualiti akan mengenakan tiket  tambang penuh beserta denda mengikut kelas.
  3. Jika nama dan/atau no.pasport atau no.kad pengenalan tidak sama dengan nama dan/atau no.pasport atau no.kad pengenalan yang dicetak pada  tiket, Pemeriksa Tiket atau Penyelia Tren atau Inspektor Kualiti akan mengenakan tiket  tambang penuh beserta denda mengikut kelas.
  4. Jika pemegang KTM i-Card menaiki tren tanpa tiket, Pemeriksa Tiket atau Penyelia Tren atau Inspektor Kualiti  akan mengenakan tiket  tambang penuh beserta denda mengikut kelas.

LAIN-LAIN PERKARA

  1. Pertanyaan berkaitan  KTM i-Card boleh dirujuk melalui:
  2. Telefon : 03-2279 8852
  3. Emel    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

KTMB berhak meminda terma dan syarat tanpa memberi notis awal kepada orang ramai.