KTM Berhad ingin memaklumkan, bahawa perkhidmatan KTM Intercity di sektor Pantai Timur dijadualkan semula dengan serta merta bagi mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui surat bertarikh 11 Julai 2014.
Arahan ini bermakna, perkhidmatan tren akan beroperasi dari jam 9.00 malam hingga 9.00 pagi sahaja manakala dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam tiada perkhidmatan tren beroperasi bagi memberi laluan untuk kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan landasan.
Hanya dua (2) perkhidmatan tren dibatalkan daripada dua belas (12) perkhidmatan yang beroperasi di sektor Pantai Timur. Jadual perkhidmatan tren KTM Intercity yang terperinci seperti dilampiran.
Para penumpang yang telah membeli tiket untuk perkhidmatan tren yang dibatalkan boleh menukar jadual perjalanan dengan perkhidmatan tren yang masih beroperasi atau mendapatkan pemulangan tambang di kaunter-kaunter tiket KTM Intercity.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ktmb.com.my atau hubungi pusat panggilan KTM Berhad di talian 1300-88-5862. Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi pegawai-pegawai yang bertugas seperti berikut:

  1. Encik Ali Hanafiah Bujal – Pegawai Operasi (No. Tel: 011 – 1231 5229)
  2. Encik Nordin Kimi – Pegawai KTM Intercity (No. Tel: 019- 229 1486)

Pengurusan KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan dialami oleh para penumpang sepanjang tempoh ini. Walaubagaimanapun tindakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan penumpang di masa hadapan.

Dikeluarkan oleh :-
Unit Komunikasi Korporat,
Ibu Pejabat, KTM Berhad