Get Adobe Flash player

Articles

Berkuatkuasa 18 januari 2013, pihak pengurusan telah menetapkan untuk menyeragamkan konsesi bagi perkhidmatan ETS dan perkhidmatan Intercity. Para pelanggan dikehendaki membawa kad pengenalan atau kad pesara kerajaan samaada salinan atau asal ke kaunter tiket KTM Intercity bagi mendapatkan konsesi.

Konsesi adalah terma yang digunakan untuk merujuk kepada pengertian diskaun / potongan harga tiket. Peratus konsesi tambang adalah daripada tambang asas perjalanan dewasa.

1.   Tiket  Penuh

      Caj tempat duduk/tidur + tambang perjalanan dewasa
2.    Tiket diskaun/konsesi
       Caj tempat duduk/tidur* + Tambang perjalanan dewasa - diskaun (%)
       * nota : tiada diskaun ke atas caj tempat duduk/tidur
Cara kiraan diskaun/konsesi (contoh : Warga Emas - 50%)
-    Tambang penuh      : Caj tempat duduk (RM8.00) + Tambang perjalanan dewasa (RM25.00) = RM33.00
-    Tambang konsesi    : Caj tempat duduk (RM8.00) + Tambang perjalanan dewasa - 50% (RM13.00*) = RM21.00)
     *Nota : digenapkan kepada ringgit berikutnya
 warga berusia

Warga Berusia

Terbuka kepada semua warga berusia yang berstatus kerakyatan warganegara Malaysia sahaja, dan berumur 60 tahun dan ke atas akan melayakkan mereka menerima diskaun lima puluh peratus (50%) dari tambang asas perjalanan dewasa ke atas semua tren ETS.

OKU

Orang Kelainan Upaya

  1. LAYAK untuk individu yang mempunyai hanya kecacatan fizikal / mental;
  2. Orang-orang yang kurang upaya perlu berdaftar dengan Persatuan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat;
  3. Sila kemukakan kad OKU kepada petugas kaunter tiket ketika membeli tiket;
  4. Untuk cacat penglihatan, kurang upaya, down sindrom atau kerusi roda, seorang pengiring layak untuk tiket konsesi;
  5. Diskaun ke atas tiket untuk kadar lima puluh peratus (50%) akan ditolak dari tambang perjalanan.
 kad pesara kerajaan azami

Pesara Kerajaan Malaysia

  1. LAYAK untuk pesara yang telah berkhidmat dengan agensi kerajaan Malaysia dan memegang status warganegara Malaysia;
  2. Sila kemukakan kad pencen kepada petugas kaunter tiket ketika pembelian tiket;
  3. Lelaki bersara LAYAK untuk mendapatkan konsesi untuk dua orang isteri / balu sahaja;
  4. Wanita bersara TIDAK LAYAK untuk mendapatkan konsesi kepada suami;
  5. Diskaun ke atas tiket untuk kadar empat puluh peratus (40%) akan ditolak dari tambang perjalanan.

Konsesi adalah terma yang digunakan untuk merujuk kepada pengertian diskaun / potongan harga tiket. Peratus konsesi tambang adalah daripada tambang asas perjalanan dewasa.

1.   Tiket  Penuh

      Caj tempat duduk/tidur + tambang perjalanan dewasa
2.    Tiket diskaun/konsesi
       Caj tempat duduk/tidur* + Tambang perjalanan dewasa - diskaun (%)
       * nota : tiada diskaun ke atas caj tempat duduk/tidur
Cara kiraan diskaun/konsesi (contoh : Warga Emas - 50%)
-    Tambang penuh      : Caj tempat duduk (RM8.00) + Tambang perjalanan dewasa (RM25.00) = RM33.00
-    Tambang konsesi    : Caj tempat duduk (RM8.00) + Tambang perjalanan dewasa - 50% (RM13.00*) = RM21.00)
     *Nota : digenapkan kepada ringgit berikutnya

polis

Polis Di Raja Malaysia (PDRM)

Konsesi Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang masih di dalam perkhidmatan, layak menikmati harga tiket konsesi bagi perkhidmatan KTM Intercity sebanyak dua puluh lima peratus (25%) dari tambang perjalanan.

Klik disini untuk maklumat lanjut.

 tentera

 Angkatan Tentera Malaysia

Konsesi Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang masih di dalam perkhidmatan, layak menikmati harga tiket konsesi bagi perkhidmatan KTM Intercity sebanyak dua puluh lima peratus (25%) dari tambang perjalanan.

Klik disini untuk maklumat lanjut.
 warga berusia

Warga Berusia

Terbuka kepada semua warga berusia yang berstatus kerakyatan warganegara Malaysia atau sebaliknya dan berumur 60 tahun dan ke atas akan melayakkan mereka menerima diskaun lima puluh peratus 50% dari tambang asas perjalanan dewasa ke atas semua kelas perjalanan bagi perkhidmatan antarabandar.

OKU

Orang Kelainan Upaya

  1. LAYAK untuk individu yang mempunyai hanya kecacatan fizikal / mental;
  2. Orang-orang yang kurang upaya perlu berdaftar dengan Persatuan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat;
  3. Sila kemukakan kad OKU kepada petugas kaunter tiket ketika membeli tiket;
  4. Untuk cacat penglihatan, kurang upaya, down sindrom atau kerusi roda, seorang pengiring layak untuk tiket konsesi;
  5. Diskaun ke atas tiket untuk kadar lima puluh peratus (50%) akan ditolak dari tambang perjalanan.
 kad pesara kerajaan azami

Pesara Kerajaan Malaysia

  1. LAYAK untuk pesara yang telah berkhidmat dengan agensi kerajaan Malaysia dan memegang status warganegara Malaysia;
  2. Sila kemukakan kad pencen kepada petugas kaunter tiket ketika pembelian tiket;
  3. Lelaki bersara LAYAK untuk mendapatkan konsesi untuk dua orang isteri / balu sahaja;
  4. Wanita bersara TIDAK LAYAK untuk mendapatkan konsesi kepada suami;
  5. Diskaun ke atas tiket untuk kadar empat puluh peratus (40%) akan ditolak dari tambang perjalanan.
 raill pass

Rail Pass

Dengan Rail Pass KTMB, anda akan mampu menjimatkan perbelanjaan pengangkutan untuk ke destinasi pelancongan yang memberikan lebih pengalaman serta memberikan anda keunikan Malaysia dengan menggunakan pengangkutan rel.

Klik disini untuk maklumat lanjut.

TERMA DAN SYARAT

2.0 TERMA DAN SYARAT TIKET KONSESI KTMB  i-Card
2.1 Tiket konsesi ini dikeluarkan kepada  pemegang KTM i-Card.
2.2 Pembelian tiket  boleh dilakukan  di kaunter tiket KTMB sahaja.
2.3 Terma dan syarat tiket konsesi KTM i-Card:

a. KTM i-Card Youth
i. Jualan tiket 30 hari awal termasuk tarikh perjalanan.
ii. Kadar konsesi 40 peratus dari tambang perjalanan dewasa.
iii. Layak untuk semua jenis koc.
iv. Pindaan tarikh dan/atau tren tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada.
v. Pindaan stesen origin dan destinasi tidak dibenarkan.

b. KTM i-Card Student

c. KTM i-Card Gold
i. Jualan tiket 60 hari awal termasuk tarikh perjalanan.
ii. Kadar konsesi 50 peratus dari tambang perjalanan dewasa.
iii. Layak untuk semua jenis koc.
iv. Pindaan tarikh dan/atau tren tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada.
v. Pindaan stesen origin dan destinasi tidak dibenarkan.

d. KTM i-Card Lion
i. Jualan tiket 30 hari awal termasuk tarikh perjalanan
ii. Kadar konsesi 25 peratus dari tambang perjalanan dewasa    
iii. Layak untuk semua jenis koc kecuali Kabin Kelas Satu 2plus (ADNFB) dan Kabin Kelas Satu Prima (ADNFD).
iv. Pindaan stesen origin dan destinasi tidak dibenarkan.

e. KTM i-Card Tiger
i. Jualan tiket 30 hari awal termasuk tarikh perjalanan.
ii. Kadar konsesi 25 peratus dari tambang perjalanan dewasa.
iii. Layak untuk semua jenis koc kecuali Kabin Kelas Satu 2plus (ADNFB) dan Kabin Kelas Satu Prima (ADNFD).
iv. Pindaan stesen origin dan destinasi tidak dibenarkan.

2.4 Layak untuk tempahan melalui telefon dan emel (nama dan nombor kad pengenalan/pasport mesti dimaklumkan semasa mebuat tempahan)  dan tertakluk kepada syarat tempahan yang ditetapkan oleh Call Center.

2.5 KTM i-Card mesti ditunjukkan kepada kakitangan kaunter semasa  pembelian untuk mendapatkan tiket konsesi (tiket konsesi untuk  pemegang kad sahaja).

2.6 Tidak layak untuk pembelian tiket melalui e-ticket atau kiosk tiket.

2.7 Tidak layak untuk pembelian melalui agen tiket KTMB.

2.8 Bayaran tiket secara tunai atau kad kredit (di stesen terpilih sahaja).

2.9 Tiket konsesi  tidak boleh dipindahmilik.

2.10 Tiket konsesi yang telah dikeluarkan tidak boleh dipinda kepada tiket biasa (dewasa atau kanak-kanak) atau tiket konsesi lain walau dengan apa alasan sekalipun.

2.11 Permohonan pemulangan tambang tiket dibenarkan tertakluk kepada terma dan syarat pembatalan tiket.

3.0 PEMERIKSAAN TIKET KONSESI
3.1 Pemegang tiket konsesi KTM i-Card mesti menunjukkan pasport atau kad pengenalan semasa pemeriksaan tiket oleh petugas KTMB samada di stesen atau di dalam tren.
3.2 Jika pemegang tiket gagal menunjukkan pasport atau kad pengenalan semasa pemeriksaan di dalam tren, Pemeriksa Tiket atau Penyelia Tren atau Inspektor Kualiti akan mengenakan tiket tambang penuh beserta denda mengikut kelas.
3.3 Jika nama dan/atau no.pasport atau no.kad pengenalan tidak sama dengan nama dan/atau no.pasport atau no.kad pengenalan yang dicetak pada  tiket, Pemeriksa Tiket atau Penyelia Tren atau Inspektor Kualiti akan mengenakan tiket  tambang penuh beserta denda mengikut kelas.
3.4 Jika pemegang KTM i-Card menaiki tren tanpa tiket, Pemeriksa Tiket atau Penyelia Tren atau Inspektor Kualiti  akan mengenakan tiket  tambang penuh beserta denda mengikut kelas.

4.0 LAIN-LAIN PERKARA
4.1 Pertanyaan berkaitan  KTM i-Card boleh dirujuk  kepada :
i- Telefon: 03-22798852  
ii- Emel     : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

4.2 KTMB berhak meminda terma dan syarat  tanpa memberi notis awal kepada orang ramai.

Konsesi adalah terma yang digunakan untuk merujuk kepada pengertian diskaun / potongan harga tiket. Peratus konsesi tambang adalah daripada tambang perjalanan biasa dewasa. Konsesi Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) & Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang masih di dalam perkhidmatan, layak menikmati harga tiket konsesi bagi perkhidmatan KTM Intercity sebanyak dua puluh lima peratus (25%).

Kelayakkan untuk mendapatkan konsesi ini hanya untuk perkhidmatan KTM Intercity bagi sektor perjalanan ke Utara, Timur dan Selatan. Konsesi ini tidak layak bagi perkhidmatan ke sektor utara dan sektor selatan dengan Perkhidmatan ETS

Jenis kelas yang layak mendapat harga konsesi adalah:

  1. Tempat Duduk.
  • Kelas Satu Prima / Air-cond First Class (AFC)
  • Kelas Dua Superior / Air-cond Second Class (ASC)
  • Kelas Ekonomi / Air-cond Economy Class (AEC)
  1. Tempat Tidur.
  • Kelas Satu 2plus / Air-cond 2Plus Night Sleeper (ADNFB)
  • Kelas Satu Selesa / Air-cond Deluxe Night Sleeper (ADNFD)
  • Kelas Superior / Air-cond Superior Night Sleeper (ADNS)

Layak bagi anggota Tentera / Polis yang masih berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) & Polis Diraja Malaysia (PDRM). Anggota Tentera / Polis lelaki layak mendapat untuk mendapat harga tiket konsesi termasuk dua (2) orang isteri dengan mengemukakan dokumen pengesahan perkahwinan ketika pembelian.

Anggota Tentera / Polis wanita layak mendapat untuk mendapat harga tiket konsesi termasuk suami dengan mengemukakan dokumen pengesahan perkahwinan ketika pembelian. Anak Tentera / Polis yang berumur di antara 13-18 tahun atau yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi serta tidak melebihi usia 21 tahun layak mendapat harga tiket konsesi.

Bagi kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun, tambang perjalanan adalah percuma. Manakala, kanak-kanak berumur genap empat (4) tahun hingga dua belas (12) tahun, tambang perjalanan adalah 50% dari tambang perjalanan biasa dewasa. Tentera / Polis sukarela dan Polis Bantuan TIDAK LAYAK mendapat harga tiket konsesi.

Terbuka kepada semua warga berusia yang berstatus kerakyatan warganegara Malaysia atau sebaliknya dan berumur 60 tahun ke atas akan melayakkan mereka menerima diskaun 50% ke atas semua kelas perjalanan. Bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan tren KTM Komuter, warga berusia perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM5 setahun untuk keahlian kad KTMB i-Gold sebelum layak menerima diskaun 50%.

Terma dan Syarat: -

  • Diskaun akan ditolak dari tambang perjalanan * TIDAK daripada tambang penuh **;
  • Caj tambang *** bagi kerusi atau katil berbeza mengikut jenis kelas / koc;
  • Salinan atau Kad Pengenalan untuk Warganegara Malaysia mesti dikemukakan ketika pembelian tiket sebagai bukti pengesahan untuk kakitangan kaunter mengeluarkan tiket konsesi;
  • Kad Pengenalan asal perlu dikemukakan kepada petugas tren sebagai pengesahan tiket konsesi ketika pemeriksaan tiket di atas keretapi.

Nota:

* Tambang Perjalanan: tambang asas yang dikira mengikut panjang perjalanan dalam kilometer dari asal ke destinasi.

** Tambang Penuh: kombinasi tambang perjalanan dan caj tambang.

*** Caj Tambang: tambang yang terdiri dalam tambang perjalanan bagi perkhidmatan kereta api ekspres yang termasuk semua kemudahan, dan keselesaan yang disediakan dalam setiap jenis koc atau kelas yang berlainan.

More Articles...

  1. Rail Pass