Sewa Khas

Koc Saloon (Di-Raja)

Koc ini mempunyai 3 bilik tidur dimana 1 Bilik Tidur Utama, dan 2 Bilik Tidur Tetamu.

Koc ini dibina bercirikan gaya mewah yang memberikan inspirasi dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. hiasan dalaman yang mewah dengan ciri hiasan bagai di istana meliputi keseluruhan ruang makan, istirehat, kamar tidur, bilik mandi dan ruangan memasak.
Maklumat Lanjut

Sewa Khas

Koc Acara

Koc ini mempunyai 36 tempat duduk dimana penyandar kerusinya boleh dilaraskan sehingga tahap penurunan 45 darjah membolehkan perjalanan yang jauh tidak terasa.

Koc ini juga disediakan dengan kelengkapan karaoke dan ruangan aktiviti yang selesa untuk sebarang acara semasa didalam perjalanan. Perjalanan yang jauh tidak akan terasa dengan koc ini kerana pelbagai aktiviti boleh dijalankan.
Maklumat Lanjut

Sewa Khas

Koc Persidangan

Koc ini dibina khas untuk tujuan bermesyuarat dengan pengalaman yang berbeza. Dengan kapasiti seramai 20 orang peserta dan 1 orang pengerusi mesyuarat mampu dijalankan serentak dengan perjalanan menuju ke lokasi perjalanan.

pengalaman berharga ini hanya dapat dinikmati dengan Koc Persidangan ini
Maklumat Lanjut

Peraduan Kira & Menang

Perkhidmatan Electric Train Service (ETS)

Majlis Pelancaran ‘Peraduan Kira & Menang’ telah berlangsung pada 11 November 2014 di Stesen Sentral Kuala Lumpur . Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Khair Johari Ishak, Pem. Pengurus Besar KTM Intercity yang mewakili Y.B. Dato’ Ir. Hj. Nawawi Hj Ahmad, Pengerusi KTM Berhad.

Peraduan ini diadakan bagi menghargai para penumpang yang setia menggunakan Perkhidmatan ETS. Peraduan ini, telah bermula pada 11 November 2014 dan akan berakhir pada 31 Disember 2014.
Selanjutnya

Gangguan Perkhidmatan

Tren Pantai Timur

Berhubung kejadian tanah runtuh yang berlaku di antara Gua Musang – Krai pada jam 06:30 pagi 22 Disember 2014, beberapa pergerakan perkhidmatan tren disektor berkenaan telah disusun semula dengan aturan seperti berikut :

Maklumat Lanjut
KTMB i-Card adalah inisiatif penjenamaan semula oleh KTM Intercity untuk semua Kad diskaun sedia ada. Disamping itu, KTM intercity memperkenalkan kad-kad baharu kepada pelanggan. Selain menampilkan imej baru kepada produk-produk KTMB, KTM Intercity juga akan menyediakan pelbagai kelebihan dan nilai tambah kepada ahli-ahli KTMB i-Card. Nama KTMB i-Card yang digunakan adalah singkatan dari perkataan "KTMB Intelligent Card"

Status tiket Online

Untuk menyemak status tiket harian sebelum anda membuat pembelian, sila klik Status Tiket Harian untuk mendapatkan status tiket.

Tiket Online

Bagi memudahkan pelanggan mendapatkan tiket, sila layari laman sesawang ktmb untuk mendapatkan tiket online.

Pusat Panggilan

Sebarang pertanyaan sila hubungi pusat panggilan KTMB di 1-300-88-KTMB (5862). panggilan anda akan dilayan oleh kakitangan kami.

Terkini

Galeri KTM Intercity

Hubungi Kami

KTM Intercity

Aras 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur,

50470, Kuala Lumpur, Malaysia.

Pusat Panggilan: 1 300 88 KTMB (5862)